Malaysia – Malaysia merekodkan 179 kes baru Covid-19, menjadikan jumlah keseluruhan setakat ini kepada 3,662 kes, menurut Kementerian Kesihatan (KKM).Ketua Pengarah Kesihatan Dr Noor Hisham Abdullah turut memaklumkan empat lagi pesakit baru yang meninggal dunia, menjadikan jumlah korban kepada 61.
Katanya, daripada 179 kes baru tersebut, 46 daripadanya mempunyai kaitan dengan perhimpunan Tablig h di Masjid Sri Petaling Kuala Lumpur pada akhir Februari lalu.Bilangan pesakit Covid-19 yang ditempatkan di Unit Rawatan Rapi (ICU) kekal 99 orang.Pesakit ICU yang memerlukan bantuan pernafasan pula menurun daripada 50 kepada 48 orang.Â
Sementara itu, seramai 90 pesakit sudah pulih dan dibenarkan pulang hari ini.Ini menjadikan jumlah pesakit yang sembuh kepada 1,005 orang, atau 27.45 peratus daripada keseluruhan kes Covid-19.