31 C
Indonesia
Saturday, January 23, 2021
Bk8 Taruhan Bola Online Terpercaya Dan Resmi Di Indonesia, Malaysia, Thailand Dan Vietnam
Home Detik News Update Corona Malaysia 1 Mei : 69 kes baru, 1 kematian, 39...

Update Corona Malaysia 1 Mei : 69 kes baru, 1 kematian, 39 pulih

Malaysia – Seramai 69 lagi pesakit disahkan positif Covid-19, menjadikan jumlah keseluruhan sebanyak 6,071 kes direkodkan setakat ini.

Ini adalah hari ke-17 bilangan kes baru Covid-19 di Malaysia kekal berada di bawah angka 100 kes.

Ketua Pengarah Kesihatan, Dr Noor Hisham Abdullah berkata, daripada jumlah tersebut, sebanyak 12 kes adalah kes import, manakala 57 lagi adalah jangkitan tempatan.

Satu lagi kematian baru juga dilaporkan menjadikan jumlah keseluruhan sebanyak 103 kematian.

Menurutnya, sehingga kini seramai 37 kes positif sedang dirawat di Unit Rawatan Rapi (ICU) dan daripada jumlah tersebut, 14 kes memerlukan bantuan pernafasan. 

Manakala seramai 39 pesakit dilaporkan pulih dan dibenarkan keluar daripada hospital, menjadikan jumlah keseluruhan sebanyak 4,210 kes.

Menurut Noor Hisham, kes kematian terbaru yang direkodkan membabitkan  lelaki warganegara Malaysia berumur 66 tahun dan mempunyai latar belakang penyakit barah. 

“Beliau mempunyai sejarah kontak rapat dengan kes positif Covid-19 (iaitu kes ke-4818). 

“Beliau telah dirawat di Hospital Kuala Lumpur pada 14 April 2020 dan disahkan meninggal dunia pada 30 April 2020 jam 4.00 petang,” katanya.

- Advertisment -
- Advertisment -
- Advertisment -
- Advertisment -
- Advertisment -
- Advertisment -
- Advertisment -
- Advertisment -

Most Popular