31 C
Indonesia
Saturday, January 23, 2021
Bk8 Taruhan Bola Online Terpercaya Dan Resmi Di Indonesia, Malaysia, Thailand Dan Vietnam
Home Detik News Covid-19 Malaysia 29 April : Tiada kematian baru, 94 lagi positif, 68.75%...

Covid-19 Malaysia 29 April : Tiada kematian baru, 94 lagi positif, 68.75% pulih

Malaysia – Mencatatkan 94 lagi kes Covid-19 baru, menjadikan jumlah keseluruhan jangkitan yang direkodkan ialah 5,945.

Ketua Pengarah Kesihatan Dr Noor Hisham Abdullah memaklumkan bahawa kes baru yang dilaporkan terdiri daripada 72 kes import melibatkan warganegara Malaysia yang pulang dari luar negara dan 22 jangkitan tempatan.

Noor Hisham turut memaklumkan bahawa sebanyak 55 lagi pesakit pulih, menjadikan jumlah keseluruhan yang telah sembuh daripada jangkitan itu ialah 4,087 atau 68.75 peratus.

Ini bermakna, setakat tengah hari tadi, terdapat 1,758 kes Covid-19 aktif di Malaysia.

Mereka telah diasingkan dan kini menerima rawatan, kata Noor Hisham.

Daripada jumlah itu sebanyak 40 dirawat di Unit Rawatan Rapi (ICU) dengan 18 memerlukan bantuan pernafasan.

Tiada kematian baru melibatkan jangkitan Covid-19 dilaporkan setakat tengah hari tadi, bermakna jumlah korban wabak itu kekal 100.

- Advertisment -
- Advertisment -
- Advertisment -
- Advertisment -
- Advertisment -
- Advertisment -
- Advertisment -
- Advertisment -

Most Popular