31 C
Indonesia
Saturday, January 16, 2021
Bk8 Taruhan Bola Online Terpercaya Dan Resmi Di Indonesia, Malaysia, Thailand Dan Vietnam
Home Detik News Covid-19 Malaysia 20 April : Kes harian paling rendah sejak PKP, tiada...

Covid-19 Malaysia 20 April : Kes harian paling rendah sejak PKP, tiada kematian baru

Malaysia – Buat pertama kali sejak perintah kawalan pergerakan (PKP) diperkenalkan pada 18 Mac lalu, Malaysia hari ini mencatatkan kes harian Covid-19 baru paling rendah.

Dalam sidang medianya hari ini, Ketua Pengarah Kesihatan Dr Noor Hisham Abdullah memaklumkan bahawa hanya 36 kes baru dilaporkan setakat tengah hari tadi. Ini menjadikan angka kumulatif kes Covid-19 ialah 5,425.

Rekod pertambahan kes harian paling rendah adalah 35 kes, iaitu pada 14 Mac lalu.

Noor Hisham hari ini juga memaklumkan bahawa tiada pertambahan kes kematian baru yang dilaporkan setakat tengah hari tadi. Ini menjadikan jumlah korban akibat wabak itu kekal pada 89.

Sementara itu, jumlah pesakit yang pulih bertambah 98 orang lagi, menjadikan jumlah keseluruhan yang pulih dan dibenarkan keluar hospital ialah sebanyak 3,295 atau 60.7 peratus.

Mengambil kira pesakit yang sudah sembuh, ini bermakna kes aktif dan sedang menerima rawatan ketika ini ialah 2,041.

- Advertisment -
- Advertisment -
- Advertisment -
- Advertisment -
- Advertisment -
- Advertisment -
- Advertisment -
- Advertisment -

Most Popular