Malaysia – Ketua Pengarah Kesihatan Dr Noor Hisham Abdullah memaklumkan terdapat 110 kes baru virus corona (Covid-19) setakat pukul 12 tengah hari ini, menjadikan jumlah keseluruhan kepada 5,182 kes.
Pada masa sama, Dr Noor Hisham memaklumkan seramai 119 pesakit pulih sepenuhnya, menjadikan jumlah kes pulih kepada 2766 kes, atau 53.3 peratus daripada keseluruhan kes di Malaysia.