Malaysia – Ketua Pengarah Kesihatan Dr Noor Hisham Abdullah memaklumkan terdapat 118 kes baru virus corona (Covid-19) setakat pukul 12 tengah hari ini, menjadikan jumlah keseluruhan kepada 4,346 kes.
Pada masa sama, Dr Noor Hisham memaklumkan seramai 222 pesakit pulih sepenuhnya dan dibenarkan pulang hari ini, menjadikan jumlah kes pulih kepada 1830 kes, atau 42.1 peratus daripada keseluruhan kes di Malaysia.