31 C
Indonesia
Saturday, January 23, 2021
Bk8 Taruhan Bola Online Terpercaya Dan Resmi Di Indonesia, Malaysia, Thailand Dan Vietnam
Home Detik News Berita Baik Malaysia, Sektor ekonomi dibenar beroperasi di fasa pemulihan

Berita Baik Malaysia, Sektor ekonomi dibenar beroperasi di fasa pemulihan

Malaysia – Ketua Pengarah Kesihatan, Dr Noor Hisham Abdullah, memaklumkan bahawa selari dengan kedudukan Malaysia yang ketika ini berada di fasa pemulihan jangkitan Covid-19, sektor ekonomi dibenarkan kembali beroperasi seperti biasa.

Katanya, keutamaan untuk membuka semula operasi akan diberi kepada industri pembinaan dan industri berat terlebih dahulu, tetapi menekankan bahawa semua sektor termasuk perkhidmatan juga akan mendapat peluangnya.

“Kita ada SOP (prosedur operasi standard) untuk semua perkhidmatan sekarang. Cuma, kita hanya buka secara berperingkat.

“Dari segi keutamaan, ia adalah untuk pembinaan dan industri besar, kemudian sektor perkhidmatan,” katanya pada sidang media harian Covid-19 di Putrajaya, hari ini.

Walau bagaimanapun, katanya, kakitangan di sektor berkenaan perlu mematuhi SOP berkaitan bagi mengelak kes penularan baru.

Ini, antara lain merangkumi pemeriksaan suhu badan, penjarakan sosial dan penjagaan kebersihan diri.

“Kita kena berhati-hati dalam tindakan kerana tidak mahu ada peningkatan kes secara mendadak.

“Justeru sektor perniagaan yang dibenarkan kembali beroperasi perlu menerapkan gaya hidup mengikut kebiasaan baru,” katanya.

Dr Noor Hisham menjawab soalan tentang apakah terdapat panduan yang disediakan untuk sektor perkhidmatan dan pengangkutan untuk dipatuhi semasa mereka kembali beroperasi kembali.

Ini susulan pengumuman Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri Azmin Ali hari ini, yang berkata, kerajaan telah membenarkan sektor ekonomi yang telah dibenarkan beroperasi semasa Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) Tahap 1, 2 dan 3 meningkatkan kapasiti beroperasi sepenuhnya dan beroperasi tanpa sekatan masa mengikut keperluan industri masing-masing bermula esok, 29 April, 2020.

Malah, katanya, syarikat yang telah diluluskan untuk beroperasi sebelum ini tidak lagi perlu memohon kepada MITI untuk mendapatkan kebenaran tersebut.

- Advertisment -
- Advertisment -
- Advertisment -
- Advertisment -
- Advertisment -
- Advertisment -
- Advertisment -
- Advertisment -

Most Popular